Jom Buat Duit dengan Time Lapse - Images By Hafiz Ismail

Jom Buat Duit dengan Time Lapse

Jom Buat Duit dengan Time Lapse!

Buat Duit dengan Time Lapse?

  1. Pengenalan
  2. Apa itu time lapse?
  3. Keperluan Minimum untuk menjual klip time lapse
  4. Lubuk-lubuk buat duit
    1. Penafian
    2. Masuk semua!
    3. Shutterstock
    4. Videoblocks
    5. Dissolve
    6. Pond5
    7. Getty Images
    8. Ringkasan
  5. Teknik teknik
    1. Isi Title/Description
    2. Keywords
    3. Editorial dan Commercial
  6. Klip video pon boleh!
  7. Buat duit secara offline dengan time lapse anda
  8. Sertai kelas time lapse saya.
  9. Selamat Maju Jaya!

Pengenalan

VB Earnings

Videoblocks Oct 2015 – Mar 2016

Saya mula menjual klip klip Time Lapse saya pada tahun 2014. Sejak itu, boleh dikatakan lebih dari 50% pendapatan fotografi saya datang dari jualan stock video dan time lapse secara online.

Dan Alhamdulillah, income agak konsisten setiap bulan.

Di dalam artikel ini, saya akan berkongsi di mana saya jual klip-klip time lapse saya dan bagaimana anda boleh meniru saya untuk membuat duit dengan menjual Time Lapse.

Jom kita Buat Duit dengan Time Lapse!

Apa itu Time Lapse?

Secara ringkasnya, Time Lapse is satu teknik fotografi di mana gambar-gambar sesuatu scene – seperti sunrise, sunset, awan bergerak – dirakam pada interval tertentu dan kemudiannya dimainkan pada kelajuan biasa membuatkan masa seperti bergerak laju.

Seperti contoh di kanan, untuk menhasilkan klip 10 saat, saya berada di lokasi tersebut selama 2 jam lebih dan berjaya merakam sebanyak 300 keping gambar dengan interval 10 saat.

Saya ada menulis sebuah artikel ringkas mengenai Time Lapse di sini.

Jika anda ingin belajar dengan lebih lanjut, anda boleh sertai kelas time lapse saya di sini.

Keperluan Mininum untuk menjual klip time lapse

Kebanyakan agensi-agensi stock menerima klip-klip video atau time lapse yang seperti berikut –

  • Minimum resolusi 1080p (1920×1080) – ini bermakna anda boleh menjual klip time lapse yang dihasilkan oleh smartphone anda!
  • Minimum durasi – 4 saat.
  • Klip diencode dengan h.264.
  • Terang dan tidak begegar
  • Ada ciri-ciri komersial atau editorial
  • Anda mempunyai account Paypal untuk menerima gaji anda.

Lubuk-Lubuk buat duit melalui Stock Video

Penafian

Untuk saya memberi jaminan yang anda akan jadi kaya raya dengan menjual klip-klip time lapse anda adalah amat tidak beretika. Anda memang boleh membuat duit dengan jualan klip-klip video atau time lapse – seperti saya sudah buktikan di atas – jika anda

  • Rajin dalam penghasilan klip-klip yang baru, fresh dan ada ciri-ciri komersial
  • Rajin mengupload klip-klip anda.
  • Pandai mengarang deskripsi klip-klip anda
  • Pandai dengan keywords klip-klip anda

Anda perlu fahamkan bagaimana setiap agensi menerima klip klip anda, cara bayaran, tax dan lain lain. Saya tidak akan menyentuhnya di sini tapi anda boleh baca FAQ setiap agensi.

Dissolve Feb 2016

Dissolve Feb 2016

Masuk Semua!

Saya upload stock video dan time lapse saya ke 5 agensi dan ini adalah PERCUMA. Setiap agensi mempunyai tatacara kerja yang berbeza seperti contoh, Encoding Type. Sesetengah agensi perlu minima h.264. Ada agensi, h.264 tidak diterima. Apa yang anda perlu buat ialah find out encoder apa yang diterima oleh semua agensi, dan gunakan info tersebut untuk menyenangkan kerja anda semasa proses encoding klip anda.

  1. Saya gunakan keywords and deskripsi yang hampir sama untuk tiap tiap klip  yang saya upload ke semua agensi
  2. Encoding Type – saya encode semua klip saya dengan encoding yang diterima oleh semua agensi.

Jika anda tidak mahu pening kepala dengan menyertai banyak agensi dan ingin fokus kepada satu agensi, anda boleh. Pilihan di tangan anda.

Shutterstock

Become a Shutterstock Contributor!

Shutterstock adalah industry leader dalam microstock. Hampir 50% sumber pendapatan saya dalam penjualan klip time lapse dan video datang dari sini. Alhamdulillah, saya cash out earning saya tiap tiap bulan dari Shutterstock.

Setiap klip anda yang terjual, anda akan terima 30% royalti. Jumlah minima untuk cashout ialah USD35.

  1. Daftar akaun dengan Shutterstock di sini.
  2. Anda tidak perlu melalui exam untuk mula upload klip pertama anda!
  3. Buat research tentang deskripsi dan keywords yang berkeanaan dengan klip anda. Anda boleh saja tiru deskripi/keywords orang lain tetapi letaklah dua tiga perkataan yang lain supaya tak nampak sangat yang anda meniru.
  4. Klip-klip yang mempunyai landmark atau muka orang yang boleh dikenali, anda boleh submit sebagai Editorial. Kalau ada Model Release atau Property Release adalah lebih bagus.

Videoblocks

Videoblocks agak baru dalam industri stock video tetapi baru atau lama, tidak salah untuk kita cuba kan? Alhamdulillah, saya cash out setiap bulan juga di sini kerana di Videoblocks, tiada jumlah minimum untuk cash out. Dan Videoblocks memberi royalty 100% kepada contributor!

  1. Daftar akaun dengan Videblocks di sini.
  2. Anda tidak perlu melalui exam untuk mula upload klip pertama anda!
  3. Buat research tentang deskripsi dan keywords yang berkeanaan dengan klip anda. Anda boleh saja tiru deskripi/keywords orang lain tetapi letaklah dua tiga perkataan yang lain supaya tak nampak sangat yang anda meniru.
  4. Di Videoblocks, klip yang ada landmark atau muka orang yang boleh dikenali boleh disubmit sebagai klip komersial tetapi perlukan Property atau Model Release.

Pond5

Di Pond5, anda boleh meletakkan sendiri harga klip anda dan bagi setiap yang terjual, anda akan dapat 50% dari harga yang anda letak sendiri! Ini adalah satu-satunya agensi yang membenarkan kita menentukan harga klip kita. Tetapi, anda perlu ingat. Jika terlalu mahal pula, tiada sesiapa yang akan membeli klip anda.

  1. Daftar akaun dengan Pond5 di sini.
  2. Anda tidak perlu melalui exam untuk mula upload klip pertama anda!
  3. Buat research mengenai harga yang diletakkan oleh contributor lain. Jika ada klip yang konsepnya sama seperti anda, tengok harganya. Mungkin anda boleh offer harga lebih murah sedikit?
  4. Buat research tentang deskripsi dan keywords yang berkeanaan dengan klip anda. Anda boleh saja tiru deskripi/keywords orang lain tetapi letaklah dua tiga perkataan yang lain supaya tak nampak sangan anda meniru.
  5. Di Pond5, klip yang ada landmark atau muka orang yang boleh dikenali boleh disubmit sebagai klip komersial

Dissolve

Dissolve adalah sebuah agensi yang agak baru juga di dunia stock video. Di Dissolve, mereka membayar 30% royalty bagi setiap penjualan klip.

  1. Daftar akaun dengan Dissolve di sini.
  2. Anda tidak perlu melalui exam untuk mula upload klip pertama anda!
  3. Buat research mengenai harga yang diletakkan oleh contributor lain. Jika ada klip yang konsepnya sama seperti anda, tengok harganya. Mungkin anda boleh offer harga lebih murah sedikit?
  4. Buat research tentang deskripsi dan keywords yang berkeanaan dengan klip anda. Anda boleh saja tiru deskripi/keywords orang lain tetapi letaklah dua tiga perkataan yang lain supaya tak nampak sangan anda meniru.
  5. Anda perlu membezakan klip Komersial dah Editorial. Jika klip anda mempunyai landmark atau muka orang yang boleh dikenali anda perlu submit ia sebagai Editorial.

Getty Images

Di Getty Images, anda adalah seorang eksklusif contributor. Ini bermakna, anda tidak boleh submit klip-klip yang sama ke agensi lain. Getty meletakkan harga yang agak tinggi untuk setiap klip yang mereka jual dan 25%-30% royalti akan dibayar kepada anda jika klip anda terjual.

  1. Daftar akaun Getty Images dan submit contoh kerja anda di sini.
  2. Buat research mengenai harga yang diletakkan oleh contributor lain. Jika ada klip yang konsepnya sama seperti anda, tengok harganya. Mungkin anda boleh offer harga lebih murah sedikit?
  3. Buat research tentang deskripsi dan keywords yang berkeanaan dengan klip anda. Anda boleh saja tiru deskripi/keywords orang lain tetapi letaklah dua tiga perkataan yang lain supaya tak nampak sangan anda meniru.
  4. Anda perlu membezakan klip Komersial dah Editorial. Jika klip anda mempunyai landmark atau muka orang yang boleh dikenali anda perlu submit ia sebagai Editorial.
  5. Dan setiap klip yang anda submit adalah Eksklusif. Ini bermakna, anda tidak boleh submit klip anda di agensi-agensi lain.

Ringkasan

Agensi Agensi Stock Video dan Komisyen Mereka

Ringkasan

Teknik Teknik

Description & Keywords

Contoh di Shutterstock

  • Isi Title/Description
    • Isi dengan betul. Deskripsi in penting untuk menceritakan apa yang berlaku di dalam klip anda.
  • Keywords
    • Kata kunci atau keywords penting bagi bakal pembeli untuk mencari klip-klip anda. Isinya dengan tepat.
  • Editorial dan Commercial
    • Bezakan klip-klip anda. Setiap agensi ada cara untuk membezakan klip-klip ini dan pastikan anda tahu mengenainya.

Klip video pon boleh.

Yerp. Betul. Klip Video pon boleh. Keperluan minimum adalah sama seperti yang saya nyatakan di sini. 

Buat duit secare offline dengan time lapse anda

Saya juga menerima tawaran-tawaran menghasilkan klip-klip time lapse secara komersial, samaada melalui email, atau kawan kawan. Yang penting sekali ialah anda perlu selalu mempamerkan kerja-kerja anda di website anda. Saya menggunakan Vimeo sebagai tempat saya memuatnaik hasil kerja saya dan saya link balik dari website saya.

Sertai kelas basic time lapse saya.

Bila anda hendak menjual sesuatu produk, tentulah produk tersebut kena cantik dan sempurna. Klip time lapse yang saya hasil dan jual di agensi agensi di atas telah melalui beberapa langkah post processing bagi menaikkan warna, exposure telah dibaiki, video telah di’sharpen’kan dan macam macam lagi. Anda boleh sahaja submit terus klip yang terhasil dari smartphone atau kamera time lapse anda tetapi, menjadi tidak salah jika mencantikkan lagi klip anda sebelum submit.

Di kelas hujung minggu saya, anda akan belajar

  1. Bagaimana untuk menghasilkan time lapse yang basic menggunakan DSLR, kamera Sony, Fuji, Olympus atau lain lain.
  2. Bagaimana untuk menghasilkan time lapse advanced – sunrise dan sunset – menggunakan DSLR, kamera Sony, Fuji, Olympus atau lain lain.
  3. Bagaimana untuk post process gambar gambar time lapse anda menggunakan Adobe Lightroom dan beberapa perisian lain.
  4. Bagaimana untuk menghasilkan minima 7 (tujuh) variasi klip time lapse dari 1 (satu) sesi time lapse.
  5. Bagaimana untuk streamline prosess submission anda ke agensi agensi yang anda sertai.
  6. Bagaimana untuk menulis deskripsi dan keywords yang menarik supaya klip anda terjual dengan lakunya.
  7. Dan macam macam lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana saya menghasilkan klip time lapse saya dengan lebih professional, sila tinggalkan email anda di bawah untuk saya menghubungi anda. Kelas hujung minggu agak terhad kerana saya hanya kan terima 3 pelajar setiap kelas.

Selamat Maju Jaya!

Kunci untuk Buat Duit dengan Time Lapse atau Video di agensi-agensi stock ialah konsisten. Anda perlu konsisten dengan menghasilkan klip-klip baru dan memuatnaikkan klip-klip tersebut ke agensi-agensi yang anda sertai. Jika jumlah klip anda banyak, lebih mudah untuk bakal pembeli memilih untuk membeli klip anda.

Selain dari itu, deskripsi dan keywords juga amat penting kerana dua ini dapat menentukan samada klip anda ditemui oleh bakal pembeli atau tidak. Buat kajian terhadap keywords apa yang sesuai untuk klip anda dengan melihat klip-klip yang hampir serupa dan klip-klip yang bestseller.

Diakhir akta, selamat mencuba!

© 2016 Hafiz Ismail (c.c.i.g)
Accredited Commercial Photographer with the Government of Malaysia.

www.imagesbyhafiz.com
www.vimeo.com/imagesbyhafiz
bit.ly/gettyhafizismail
bit.ly/gettyhafiztimelapse

This entry was posted in Bahasa Malaysia, Stock Footage, Time Lapse, Time Lapse and tagged , , , , , , , , , .

One Trackback

  1. By Jom belajar Time Lapse - Images By Hafiz Ismail on April 8, 2016 at 10:35 am

    […] Ya. Anda boleh buat duit dengan klip-klip time lapse anda seperti yang saya tulis di sini. […]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*