Jom belajar Time Lapse - Images By Hafiz Ismail

Jom belajar Time Lapse

Belajar Time Lapse dengan Hafiz Ismail.

  1. Prolog
  2. Pengenalan Kepada Time Lapse
    1. Apa itu Time Lapse?
    2. Penggunaan Time Lapse
    3. Formula Time Lapse
  3. Perkakasan/Equipment
    1. Kamera
    2. Intervalometer
    3. Tripod
  4. Pemilihan Interval
  5. Step-by-step
    1. Mencari Komposisi Yang Menarik
    2. Setting Kamera
    3. Setting Intervalometer
    4. Tunggu
    5. Post Process
  6. Post-processing
  7. Buat Duit dengan Time Lapse
  8. Join Kelas Time Lapse Saya.
  9. Epilog

Prolog

Artikel blog ini akan menyentuh secara ringkas bagaimana untuk menghasilkan Time Lapse anda sendiri menggunakan kamera DSLR, Micro 4/3rd, Point-and-shoot atau Smartphone.

Jika anda ingin terus belajar dengan lebih advance, anda boleh terus ke sini.

Pengenalan Kepada Time Lapse

KL Sunset

Apa itu Time Lapse?

Secara ringkasnya, Time Lapse is satu teknik fotografi di mana gambar-gambar sesuatu scene – seperti sunrise, sunset, awan bergerak – dirakam pada interval tertentu dan kemudiannya dimainkan pada kelajuan biasa membuatkan masa seperti bergerak laju.

Seperti contoh di kanan, untuk menhasilkan klip 10 saat, saya berada di lokasi tersebut selama 2 jam lebih dan berjaya merakam sebanyak 300 keping gambar dengan interval 10 saat.

Penggunaan Time Lapse

Klip time lapse boleh digunakan sebagai “filler” atau “b-roll” kepada projek-projeck video anda. Time Lapse juga boleh dijual kepada video editor untuk mereka menggunakannya dalam projek mereka.

Formula Time Lapse

Ada formula yang boleh digunakan untuk menghasilkan time lapse seperti di bawah.

Durasi Klip = Jumlah Gambar / Frame Per Second

Jumlah Gambar = Durasi Klip * Frame Per Second

Masa Menunggu (dalam saat) = Jumlah Gambar * Interval

Frame Per Second (fps) – 24 fps atau 30fps mengikut standard High Definition. Untuk menyenangkan pengiraan, guna 30fps. Ini akan memudahkan anda mencongak formula di atas seperti contoh, anda tahu jika anda shoot 300 keping gambar untuk dimainkan untuk 30fps, durasi klip anda ialah 10 saat.

Kalau pening sangat, app Time Lapse ada untuk mengira Durasi Klip atau Jumlah Gambar. (iOS App atau Android App)

Equipment/Perkakasan

  1. Kamera – DSLR, Micro 4/3rd, Point-and-Shoot atau Smartphone.
  2. Intervalometer
  3. Tripod

Kamera

D800E

Kamera DSLR adalah pilihan yang terbaik untuk menghasilkan Time Lapse kerana kualiti imej yang dihasilkan oleh DSLR.  Jika anda tidak mempunyai DSLR, Micro 4/3rd atau Point-and-shoot sudah memadai.

Anda boleh menggunakan Smartphone seperti iPhone atau Android untuk menghasilkan klip-klip time lapse anda. Ada beberapa Apps yang anda boleh guna untuk menghasilkan time lapse anda.

Anda perlu ingat yang quality gambar atau time lapse yang hasil dari Smartphone *mungkin* bukan apa yang anda inginkan.

Intervalometer

Intervalometer adalah sebuah alat yang boleh digunakan untuk memprogram kamera anda untuk mengambil gambar-gambar mengikut interval tertentu. Sesetengah kamera sudah ada intervalometer dan sesetengah memerlukan anda untuk membelinya.

Intervalometer

Intervalometer

Tripod

Tripod yang baik dan kukuh diperlukan sebab anda akan merakam sesuatu scene itu untuk tempoh yang lama. Saya menggunakan tripod-tripod

Pilihan Interval

Interval ialah selang masa di antara satu gambar ke gambar yang lain. Interval berkait rapat dengan scene yang anda hendak rakam dan berkait rapat dengan berapa lama sesuatu scene itu berlangsung. Sebagai contoh, interval yang pendek (1 saat – 2 saat) digunakan untuk scene kereta/trraffic bergerak, atau interval panjang (5 saat – 10 saat) untuk scene sunset atau sunrise.

Interval juga memainkan peranan penting untuk menentukan berapa lama anda perlu tunggu kamera anda selesai mengambil gambar.

Berikut adalah contoh-contoh interval dan scene yang sesuai.

Interval: 30 saat

1 Saat
Trafik bergerak
Awan bergerak laju

5 – 10 saat
Sunset
Sunrise
Awan bergerak perlahan
Bulan/Matahari di ufuk (lens telephoto)

15 – 30 saat
Bayang-bayang bergerak
Bintang/Milky Way (15 – 60 seconds)

> 30 saat
Tumbuhan (90 – 120 saat)
Pembinaan (5 min – 15 min)

Step-by-step

  1. Cari komposisi yang menarik
  2. Set kamera anda kepada Aperture Mode dan ISO yang sesuai dengan scene anda.
  3. Set berapa interval dan berapa keping gambar yang anda nak rakam
  4. Tunggu.
  5. Post Process.

Mount Bromo

Komposisi yang menarik.

Anda seorang fotografer dan anda mesti tahu untuk mencari angle yang menarik untuk gambar anda. Begitu juga dengan time lapse.

Set kamera anda kepada Aperture Mode dan ISO yang sesuai dengan scene anda.

Saya selalu guna f/8 untuk scene yang biasa (atau f/2.8 untuk time lapse bintang/milky way). Anda perlu tahu lens anda.

ISO pula, saya set yang paling rendah untuk scene tersebut.

Set Interval dan berapa keping gambar anda ingin rakam.

Setkan interval di intervalometer anda berdasarkan scene yang anda ingin rakam. Dan interval ini juga perlu lebih dari shutter speed anda. Contoh, jika di f/8, ISO 200 memberikan anda shutter speed 1 saat, interval anda kena lebih dari ini – 3 saat paling minimum untuk memberi ruang (buffer) kepada kamera anda untuk menyimpan file (*.jpg) ke dalam Memory Card anda.

Tunggu

Dengan menggunakan formula “Masa Menunggu” di atas, anda boleh plan apa nak buat sementara menunggu kamera anda habis mengambil gambar.

Post Process

Sudah selesai, anda boleh terus balik rumah dan mula dengan post processing anda, jika perlu.

Post-Processing

Jika anda menggunakan Smartphone atau kamera Sony, anda akan terus dapat output dalam bentuk video. Yeay! Time Lapse anda sudah siap!

Tapi, jika anda menggunakan kamera DLSR atau Micro 4/3rd, anda perlu post process sekuens gambar-gambar anda dan export menjadi video.

Antara perisian-perisian Basic dan Senang yang anda boleh guna ialah

  1. Panolapse (Free atau Berbayar) (Mac atau Windows)
  2. Quicktime Pro (Berbayar) (Mac atau Windows)
  3. Videomach (Berbayar) (Windows)

Ada banyak perisian lain yang anda boleh guna untuk post processing lebih advanced. Saya tak akan sentuh mengenainya di sini, supaya anda tidak pening. 😉

Buat duit dengan Time Lapse

Ya. Anda boleh buat duit dengan klip-klip time lapse anda seperti yang saya tulis di sini.

Sertai Kelas Time Lapse Saya

Artikel saya di atas menyentuh secara asas bagaimana untuk menghasilkan klip-klip time lapse yang OK dan info-info di atas sudah cukup untuk anda menjadi kreatif.

Tetapi, bila anda hendak menjual sesuatu produk, tentulah produk tersebut kena cantik dan sempurna. Klip time lapse yang saya hasil dan jual di agensi agensi di atas telah melalui beberapa langkah post processing bagi menaikkan warna, exposure telah dibaiki, video telah di’sharpen’kan dan macam macam lagi. Anda boleh sahaja submit terus klip yang terhasil dari smartphone atau kamera time lapse anda tetapi, menjadi tidak salah jika mencantikkan lagi klip anda sebelum submit.

  1. Bagaimana untuk menghasilkan time lapse yang basic menggunakan DSLR, kamera Sony, Fuji, Olympus atau lain lain.
  2. Bagaimana untuk menghasilkan time lapse advanced – sunrise dan sunset – menggunakan DSLR, kamera Sony, Fuji, Olympus atau lain lain.
  3. Bagaimana untuk post process gambar gambar time lapse anda menggunakan Adobe Lightroom dan beberapa perisian lain.
  4. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah Flickering di dalam klip-klip Time Lapse anda.
  5. Bagaimana untuk menghasilkan minima 7 (tujuh) variasi klip time lapse dari 1 (satu) sesi time lapse.
  6. Bagaimana untuk streamline prosess submission anda ke agensi agensi yang anda sertai.
  7. Bagaimana untuk menulis deskripsi dan keywords yang menarik supaya klip anda terjual dengan lakunya.
  8. Dan macam macam lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana saya menghasilkan klip time lapse saya dengan lebih professional, sila tinggalkan email anda di bawah untuk saya menghubungi anda. Kelas hujung minggu agak terhad kerana saya hanya kan terima 3 pelajar setiap kelas.

Epilog

Untuk menghasilkan klip-klip time lapse yang cantik dan baik, anda perlu sentiasa praktis dan praktis lagi dengan kerap.  Setiap scene adalah berlainan dan dengan praktis, anda akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul semasa shooting dan sekaligus time lapse anda akan menjadi superb!

© 2016 Hafiz Ismail (c.c.i.g)
Accredited Commercial Photographer with the Government of Malaysia.

www.imagesbyhafiz.com
www.vimeo.com/imagesbyhafiz
bit.ly/gettyhafizismail
bit.ly/gettyhafiztimelapse

This entry was posted in Bahasa Malaysia, Malaysia, Time Lapse, Tips and tagged , , , , , .

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*